interested?please email details to dublinwwek@gmail.com.
gain experience and meet new friends.
p/s: free DublinWeek t-shirt
Assalamualaikum w.b.t
Dengan penuh rasa rendah diri dan hormat kepada rakan-rakan sekalian,
Ini merupakan ‘entry’ yang bertujuan untuk menjelaskan dengan semuktamad yang mungkin akan salah faham dan sangkaan-sangkaan yang belum tentu kesahihannya kepada komiti KUD Dublin Week. Kami berterima kasih atas keprihatinan rakan-rakan yang aktif menyampaikan pendapat, dan komen.
Pertama sekali, isu yang timbul hanyalah berkaitan dengan Dublin Gig, dan tidak mengenai Dublin Games, Dialog bersama pemimpin mahupun Jamuan Rumah Terbuka KUD yang juga merupakan aktiviti-aktiviti Dublin Week.
Untuk perhatian dan makluman rakan-rakan sekalian, tujuan Dublin Gig diadakan adalah sebagai satu saluran kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berbakat dalam bidang muzik. Kami juga sedar ramai pelajar-pelajar yang terdiri daripada golongan muda-mudi yang mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik.
Kami telah mengadakan perbincangan mengenai perjalanan majlis tersebut, dan ditekankan disini bahawa kami akan bertindak dengan setegas-tegasnya mengenai beberapa perkara terutamanya alcohol dan penggunaan barang-barang larangan. Mungkin sudah menjadi dogma kepada umum apabila disebut Gig, yang difikirkan adalah benda-benda tak elok sahaja. Dublin Gig tidak ubah seperti pertunjukan ‘talent time show’ sahaja.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, program ini telah dirancang sejak beberapa bulan yang lepas dan Minggu Dublin dianjurkan tidak semata-mata untuk sambutan Aidilfitri, hanya kebetulan sahaja. Matlamat kami dengan penganjuran Dublin Gig ini adalah spesifik dan disasarkan kepada golongan yang menggemari muzik ‘live’.
Diharap dengan penjelasan ini, segala kesangsian mengenai KUD dan tanggapan-tanggapan negatif terhadap kami dapat difikirkan semula. Semoga program ini akan membawa manfaat kerana KUD adalah sebuah organisasi yang berobjektifkan kemasyarakatan dan penganjur kepada aktiviti-aktiviti sosial yang positif.
Pihak KUD selepas ini akan menumpukan perhatian kepada kelancaran program-program lain yang telah dirancang sempena Dublin Week. Harap Maklum.
Sekian, terima kasih.
Venue : Harrington St (Click here for map)
Time : 10am-2pm
No of participant : 16 single and 12 pair double (men/women)
- Registration fee is only 5 euro, thus for double, a pair is 10 euro
- each participant is only allowed to play in one category
- there are 3 categories – men single, men double and women double
- the format of the games is based on 21-point format where point lose to opponent during
service over.
- In group stage, only one set will be played and during playoff, best of game set will be played
- each set is limited for 7 minutes
- each set is limited with one shuttlecock
- there will be no deuce
For registration email dublinweek@gmail.com or contact hafyzudin at mrhafyz@gmail.com
JADUAL UTAMA MINGGU KUD DUBLIN 2007
Tarikh | Masa | Aktiviti | Tempat | Catatan |
26/10/07 Jumaat | 6pm-10pm | Dublin Gigs and Cultural Night | O’ Flanagan Hall, RCSI | |
27/10/07 Sabtu | 10am-6pm 10am-3pm 10am-2pm | Dublin Games – Futsal Male and Female Chess Tournament Badminton Tournament | Futsal Outdoor Pitch, UCD Belfield Belgrove, UCD Belfield Badminton Hall, Harrington St. Dublin | |
28/10/07 | 12noon-2pm 2pm-6pm | Ramah Mesra / Dialog Bersama Pemimpin Rumah Terbuka Aidilfitri KUD 2007 | Lounge, Dewan Malaysia, Dublin Perkarangan Dewan Malaysia, Dublin | |
PERATURAN PERLAWANAN:
FUTSAL
a) Bayaran untuk setiap pasukan adalah ₤40 (EUR equivalent EUR60)
b) Jumlah pemain maksimum adalah 8 orang, minimum 5 orang.
c) Setiap perlawanan memakan masa selama 15 minit dengan satu minit rehat dan 2 separuh masa. (7-1-7)
d) Pasukan-pasukan bertanding akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Semua peraturan perlawanan adalah sama seperti peraturan FIFA.
e) Setiap pemain boleh menjaringkan gol dari semua sudut termasuk kawasan D.
f) Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad dan ditekankan disini pengadil adalah manusia biasa, tidak sempurna, dan mungkin melakukan kesilapan. Sebarang rayuan hendaklah dibuat kepada urusetia dengan bayaran EUR 20.
g) Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang pengadil untuk mengadili perlawanan yang telah ditetapkan.
h) Hanya pemain BERDAFTAR bagi setiap pasukan sahaja dibenarkan untuk bermain. Tindakan TEGAS akan dikenakan oleh pihak penganjur kepada pasukan yang gagal mematuhi peraturan perlawanan.
i) Setiap pemain dan pasukan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur.
j) Terjahan kasar adalah dilarang sama sekali. (No tackles)
k) Penganjur berhak mengubah apa-apa peraturan perlawanan tanpa memberitahu peserta pada awalnya.
l) Jumlah penyertaan maksimum ialah 24 pasukan sahaja bagi lelaki.
m) Pembayaran yuran penyertaan perlu dimasukkan secara online or lodge ke account berikut: Kelab Umno
n) Setelah membuat pembayaran, peserta hendaklah menghantar email menyatakan maklumat pembayaran yang telah dibuat ke dublinweek@gmail.com. Penyertaan adalah berdasarkan kepada First Pay First Serve Basis.
o) Setiap pasukan akan mendapat resit penyertaan setelah pembayaran dijelaskan.
p) Semua pembayaran perlu disertakan nama pasukan dan acara yang disertai.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan sukacita ingin dimaklumkan kepada pihak tuan/puan bahawa Kelab UMNO Dublin Ireland (KUD) akan mengadakan Minggu Dublin 2007.
Buat julung2 kalinya kelab UMNO Dublin akan menganjurkan...
– tertakluk kepada syarat2 penyertaan –
sebarang pertanyaan sila ajukan kepada pengarah program,
Mohd Fadzli Othman aka Pono
‘mohdfadzliothman@yahoo.com’
atau ‘ku_ireland@yahoo.com’
+353 85 716 5678
Memberi ruang dan peluang pada warga Malaysia khususnya pelajar Ireland dan UK untuk membuka satu jalinan perhubungan sesama mereka.
Menggiatkan peminat-peminat sukan dan seni daripada kalangan masyarakat Malaysia agar dapat menggilap bakat yang ada.
Membolehkan pelajar-pelajar yang tiba dari Malaysia untuk menyertai kegiatan padang sebelum ketibaan musim sejuk.
Memberi pengalaman pertama pelajar-pelajar baru dalam aktiviti Kelab UMNO Dublin.
Mempromosikan Dublin sebagai pusat kegiatan riadah dan sosial di Ireland.
Memperkenalkan nama Kelab UMNO Dublin sebagai persatuan yang mampu menyatukan semua golongan pelajar dan profesional Malaysia
.
Aktiviti sukan merupakan kegiatan tahunan Kelab UMNO Dublin (KUD) yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada golongan pelajar dan juga profesional. Kali terakhir KUD menganjurkan pertandingan bola sepak 5-sebelah pada 10 Februari 2007 telah menyaksikan penyertaan sebanyak hampir 30 buah pasukan lelaki dan wanita yang turut disertai oleh pasukan daripada Cork dan Galway.
|