Theme Song

01 September, 2007

Gather, Games, Gigs


Pose istimewa jejaka KUD


Aktiviti sukan merupakan kegiatan tahunan Kelab UMNO Dublin (KUD) yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada golongan pelajar dan juga profesional. Kali terakhir KUD menganjurkan pertandingan bola sepak 5-sebelah pada 10 Februari 2007 telah menyaksikan penyertaan sebanyak hampir 30 buah pasukan lelaki dan wanita yang turut disertai oleh pasukan daripada Cork dan Galway.


Selain itu, KUD turut pernah menghantar wakil untuk menyertai temasya sukan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan pelajar di Edinburgh, Cardiff, Sheffield dan Nottingham. Melihat kepada kejayaan temasya tersebut, telah melahirkan rasa ingin bersaing daripada AJK kelab untuk menyelaras satu temasya yang melibatkan semua warga Malaysia di sekitar Ireland dan United Kingdom.


Bagi memastikan program ini mendapat sambutan daripada persatuan-persatuan di luar Dublin, AJK kelab bersepakat bahawa sekadar temasya sukan tidak memadai. Pada mesyuarat pertama AJK sesi 2007/2008, majlis telah meluluskan program Minggu Dublin yang dicadang diadakan pada hujung minggu bulan Oktober 2007. Jenis-jenis aktiviti yang dirancang adalah seperti perlawanan sukan, forum ilmu dan persembahan muzik.


AJK kelab telahpun memulakan perancangan bagi mejayakan program yang diharap membolehkan masyarakat Malaysia di Ireland dan UK saling bekerjasama di samping mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Pihak AJK telah menetapkan matlamat dan merangka garis pandu program Minggu Dublin 2007.