Theme Song

16 September, 2007

From KUD Office

PERATURAN PERLAWANAN:

FUTSAL

a) Bayaran untuk setiap pasukan adalah ₤40 (EUR equivalent EUR60)

b) Jumlah pemain maksimum adalah 8 orang, minimum 5 orang.

c) Setiap perlawanan memakan masa selama 15 minit dengan satu minit rehat dan 2 separuh masa. (7-1-7)

d) Pasukan-pasukan bertanding akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Semua peraturan perlawanan adalah sama seperti peraturan FIFA.

e) Setiap pemain boleh menjaringkan gol dari semua sudut termasuk kawasan D.

f) Keputusan pengadil perlawanan adalah muktamad dan ditekankan disini pengadil adalah manusia biasa, tidak sempurna, dan mungkin melakukan kesilapan. Sebarang rayuan hendaklah dibuat kepada urusetia dengan bayaran EUR 20.

g) Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang pengadil untuk mengadili perlawanan yang telah ditetapkan.

h) Hanya pemain BERDAFTAR bagi setiap pasukan sahaja dibenarkan untuk bermain. Tindakan TEGAS akan dikenakan oleh pihak penganjur kepada pasukan yang gagal mematuhi peraturan perlawanan.

i) Setiap pemain dan pasukan hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak penganjur.

j) Terjahan kasar adalah dilarang sama sekali. (No tackles)

k) Penganjur berhak mengubah apa-apa peraturan perlawanan tanpa memberitahu peserta pada awalnya.

l) Jumlah penyertaan maksimum ialah 24 pasukan sahaja bagi lelaki.

m) Pembayaran yuran penyertaan perlu dimasukkan secara online or lodge ke account berikut: Kelab Umno Ireland. Swift Code: AIBKIE2D. IBAN No: IE15 AIBK 9311 5214 919049.

n) Setelah membuat pembayaran, peserta hendaklah menghantar email menyatakan maklumat pembayaran yang telah dibuat ke dublinweek@gmail.com. Penyertaan adalah berdasarkan kepada First Pay First Serve Basis.

o) Setiap pasukan akan mendapat resit penyertaan setelah pembayaran dijelaskan.

p) Semua pembayaran perlu disertakan nama pasukan dan acara yang disertai.